Home » , » Jangan Terpengaruh Dengan Musuh Islam

Jangan Terpengaruh Dengan Musuh Islam

Assalamualaikum Kepada semua pembaca Blog SA

Hari nie SA nak sentuh sikit pasal musuh2 islam yang terdapat di dalam facebook. SA rasa ini adalah penting kerana majoriti rakyat Malaysia melayan facebook setiap hari. Semalam SA ada terserempak dengan 1 page yang ternyata menyongsang dari ajaran islam sebenar. Nanti SA akan berikan URL blog dan page facebook yang korang boleh tengok dan lihat apa yang terdapat di disitu.

Memang sedih dunia akhir zaman ini apabila nabi kita Muhammad SAW tidak lagi dipercayai dan dianggap sebagai penipu besar,kaki perempuan dan sebagainya. Mereka yang menyongsang ini ternyata beragama islam tetapi mentafsir Al-Quran mengikut kehendak hati mereka tanpa mengikut dalil yang sebenar. Kalau anda semua baca apa yang ada di dalam blog mereka, ianya kelihatan seperti benar tetapi jika kita memahami isi kandungan Al-quran ternyata ianya terlalu jauh menyongsang. Mereka mengatakan islam adalah agama paksaan dan Muhammad SAW itu pembohong. Mereka cuba mencari dalil yang membuktikan pembohongan Nabi kita Muhammad SAW yang di katakan dalil itu adalah daripada ulama yang terkenal.

Tetapi ternyata mereka hanya berbohong apabila ada beberapa pihak yang menyangkal tafsiran mereka dan terbukti apa yang dikatakan mereka jelas tipu belaka. SA berasa sedih melihat keadaan ini kerana mereka kebanyakan yang mempercayai mereka adalah beragama islam. Dan orang2 kristian di indonesia membantu mereka untuk menyesatkan lagi umat islam.


Ini adalah salah seorang penyongsang agama islam yang bernama Markus Margiyanto.

Siapakah Makhrus ? Tanggal 12 Oktober 2005 silam, seorang pemuda 36 tahun bernama Pendeta Markus Margiyanto datang menemui KH Abdullah Wasi’an dirumahnya, di Sidoarjo, Jawa timur. Kepada kristolog kondang itu, Markus menyatakan niatnya untuk pindah agama dari Kristian ke Islam. Alasannya setelah membaca buku KH Abdullah Wasi’an yang berjudul Benteng Islam terbitan Pustaka Dai, ia jadi tertarik dengan islam. Ternyata ianya cuma satu pembohongan besar untuk memberi kepercayaan kepada umat islam.

Apakah penyongsangan yang telah dilakukan?

  1. VCD perlekehan Al-Qur’an di Malang Indonesia
  2. menganggap dirinya sebagai keturunan Habib (cucu Rasulullah SAW, red) dari bani Tamim dan pernah belajar di Makkah. Dia juga mengaku telah diangkat sebagai ketua FPI Jatim pada tanggal 10 Jan 2004 silam, serta mengaku sangat dekat dengan Ja’far Umar Thalib dan Laskar Jihad-nya.
  3. Menyebut bahawa Nabi Muhammad diracun oleh istrinya ketika akan meninggal dulu. “Pada saat usia 61 tahun, Muhammad SAW tidak mampu mengatasi racun yang masuk di tubuhnya, kerana Muhammad diracun oleh istrinya sendiri, isteri yang ke-17. Jadi, total isterinya Muhammad itu ada 22,” kata Makhrus.
  4.  Menghina ibadah solat Subuh yang dilakukan umat islam. Kata Makhrus, orang islam itu solat subuh karena mengingat Yesus bangkit dari alam kubur yang terjadi tepat pada saat subuh. Kiamat juga akan datang pada saat Subuh. “Itu menurut keyakinan mereka. Dua masalah inilah yang membuat orang-orang islam bangun dari tidurnya dan sujud menyembah dalam solat subuh.”
  5. Menganggap orang-orang yang pergi haji ke Makkah tak lebih dari sekadar wisata, bukan ibadah. Baginya, orang yang mencium Hajar Aswad adalah mencium jin.
Di bawah ini SA berikan beberapa PAGE yang dapat anda lihat akan penyongsangan yang berlaku


Dan ini pula page dan blog yang menyangkal tafsiran mereka


P/S : Jangan sesekali anda menghayati tulisan mereka kerana ianya boleh membuatkan anda terpedaya dengan tipu daya mereka yang sebolehnya cuba menyesatkan umat islam.
Kongsi Artikel Ini :

4 comments:

  1. melawat ke sini pulak :)

    ReplyDelete
  2. nice info, nice entry....

    ReplyDelete
  3. wallahua'lamu bissawab...subhanallah...takutnye bler bce..
    takut sebb seda dr nih xsempurna..nauzubillahi min zalik..
    nk klik link page yg u provide pon takoy..pe lg nk bce..semoga ALLAH melindungi umat manusia di dunia ini khususnya umat islam..insyaALLAH..

    thanks for sharing diz entry..follow k..=)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana komen di sini (No Verify COde)

Recommend on Google
 
Support : Utama | Hubungi | Tutorial
Copyright © 2013. STORYAMY - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger