Home » , » Pedang Hasil Tinggalan Nabi Muhammad

Pedang Hasil Tinggalan Nabi Muhammad

Assalamualaikum semua..

Hari nie SA nak kongsi beberapa gambar yang di yakini pedang milik Nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW.. Mari kita lihat antara koleksi2 yang ada :

Pedang ini dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW sebelum menerima wahyu yang pertama di Mekah. Pedang ini diberi oleh ayahanda beliau, dan dibawa sewaktu berhijrah dari Mekah ke Madinah yang akhirnya diberikan bersama-sama dengan peralatan perang lain kepada Ali bin Abi Thalib. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 99 cm. Pegangannya diperbuat daripada emas dengan bentuk berupa 2 ular dengan bersalutkan emeralds dan pirus. Dekat dengan pegangan itu terdapat Kufic ukiran tulisan Arab berbunyi: ‘Abdullah bin Abd al-Mutalib



Al-’Adb, gelaran yang diberikan kepada pedang ini, membawa maksud ‘memotong’ atau ‘tajam.’ Pedang ini diberikan kepada para sahabat Nabi Muhammad SAW sebelum Perang Badar. Beliau menggunakan pedang ini di Perang Uhud dan pengikut2 nya menggunakan pedang ini juga kanuntuk menunjukkan kesetiaan kepada Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di masjid Husain di Kairo Mesir.



Sebuah pedang Nabi Muhammad SAW hasil rampasan di perang Badr. Dan dilaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW memberikan pedang ini kepada Ali bin Abi Thalib, yang kemudian Ali mengembalikannya ketika Perang Uhud dengan berlumuran darah dari tangan dan bahunya, sekaligus membawa Dhu Al Faqar di tangannya. Banyak sumber mengatakan bahawa pedang ini milik Ali Bin Abi Thalib dan keluarga. 



Battar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW hasil dari rampasan Banu Qaynaqa. Pedang ini disebut sebagai ‘Pedangnya para nabi‘, dan di dalam pedang ini terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi : ‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’. Di dalamnya juga terdapat gambar Nabi Daud AS ketika memotong kepala dari Goliath iaitu orang yang memiliki pedang ini pada awalnya. 
Di pedang ini juga terdapat tulisan yang dipastikan sebagai tulisan Nabataean. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 101 cm. Ada sumber yang mengatakan bahawa ini adalah pedang yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika beliau turun ke bumi kembali untuk mengalahkan Dajjal (Allahualam)






Sebuah pedang Nabi Muhammad SAW hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Diceitakan bahawa Nabi Daud AS mengambil pedang ‘Al Battar’ dari Goliath sebagai rampasan ketika beliau mengalahkan Goliath tersebut semasa umurnya 20 tahun. Allah SWT memberi kemampuan kepada Nabi Daud AS untuk ‘bekerja’ dengan besi, membuat baju, senjata dan alat perang, dan beliau juga membuat senjatanya sendiri. Beliau menggunakan pedang ini dan akhirnya disimpan oleh suku Levita (suku yang menyimpan senjata-senjata barang Israel) dan akhirnya sampai ke tangan Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade, dengan panjang 112 cm dan lebar 8 cm.



Ada pihak mengatakan bahawa pedang ini berasal dari Nabi Muhammad SAW yang kemudiannya diberikan kepada Ali bin Abi Thalib dan diteruskan ke keturunannya. Tapi ada khabar lain mengatakan bahawa pedang ini berasal dari Ali bin Abi Thalib sebagai hasil rampasan pada serangan yang dipimpin beliau di Syria. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 97 cm, dan mempunyai ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Zayn al-Din al-Abidin




pedang ini dijaga di rumah Nabi Muhammad SAW oleh keluarga dan sanak saudaranya seperti bahtera (Ark) yang disimpan oleh bangsa Israel.
Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 140 cm, mempunyai salutan emas yang didalamnya terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Ja’far al-Sadiq’.



Al-Qadib berbentuk blade tipis yang dikatakan mirip dengan tongkat. Ini adalah pedang untuk pertahanan persendirian, tetapi tidak digunakan untuk berperang. Ditulis di samping pedang berupa ukiran perak yang berbunyi 2 kalimah syahadah: “Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasul Allah – Muhammad bin Abdallah bin Abd al-Mutalib.”. Pedang ini berada di rumah Nabi Muhammad SAW dan kemudian hanya digunakan oleh khalifah Fatimid. Dan sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Panjangnya adalah 100 cm serta memiliki sarung berupa kulit haiwan yang dicelup.



Pedang ini dikenal sebagai “Qali” atau “Qulay.”. Ada Ulama lain mengatakan bahawa kata “qali” merujuk kepada “timah” atau “timah putih” . Pedang ini adalah salah satu dari 3 pedang Nabi Muhammad SAW yang diperoleh sebagai rampasan dari Bani Qaynaqa. Ada juga yang melaporkan bahawa datuk Nabi Muhammad SAW menemukan pedang ini ketika beliau menemukan air Zamzam di Mekah. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 100 cm. Didalamnya terdapat ukiran bahasa Arab berbunyi: “Ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah.” Pedang ini berbeza dengan yang lain kerana pedang ini mempunyai ukiran berbentuk gelombang.

Kongsi Artikel Ini :

9 comments:

  1. Info yang menarik ! :)

    ReplyDelete
  2. salam kunjung balas...nice n3..saya follow yer:)

    ReplyDelete
  3. waaaa....gud info!terbaikk...^_^

    ReplyDelete
  4. terimakasih dik....byk info kak dpt

    ReplyDelete
  5. Info yang sangat baik.... :)

    ReplyDelete
  6. tQ kepada yg sudi baca n komen :)

    ReplyDelete
  7. nice info..thanks..~ :)

    ReplyDelete
  8. Info yang menarik. Teruskan perkongsian.. d(^^,)

    *Blogwalking dari Link Exchanges

    ReplyDelete
  9. Hallo Bossku sekalian ,kami dari 99JUDIQQ

    Yang belum gabung yuk gabung dengankami di

    www.99judiqq.asia

    Hanya dengan 1 ID bisa bermain di semua permainan kami Loh..
    dan kini kami hadir dengan berbagai permainan baru yang tidak kalah seru nya
    8 permainan hanya dengan 1 ID

    Kami menyediakan
    > POKER
    > DOMINO
    > CAPSA SUSUN
    > BANDARQ
    > BANDAR POKER
    > SAKONG
    > ADUQ
    > BANDAR 66

    Bukan hanya itu saja,
    Kami masih punya promo BONUS setiap hari nya di situs kami
    Bonus :
    * BONUS ROLLINGAN TERBESAR 0.5%
    * BONUS REFFERAL SEUMUR HIDUP 20%

    Dan hanya dengan deposit 15.000 saja,
    anda bisa mendapatkan bonus nya.
    Untuk transaksi sangat mudah kami memiliki
    beberapa bank yang bisa digunakan,
    sangat mudah kan.

    Jika masi kurang mengerti,
    Hubungi kami di:
    WA - +85515981320
    Line - 99JUDIQQ
    no robot 100%

    24Jam kami akan melayani anda

    Yuk.. tunggu apa lg segera bergabung dengan kami

    ReplyDelete

Terima kasih kerana komen di sini (No Verify COde)

Recommend on Google
 
Support : Utama | Hubungi | Tutorial
Copyright © 2013. STORYAMY - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger