Home » » Terima Kasih Allah

Terima Kasih Allah

Assalamualaikum..

Terima kasih Allah atas apa yang berlaku. Ingatlah semua, kasih sayang kepada manusia hanyalah sementara tapi kasih sayang kepada Allah itulah yang kekal abadi. Ujian dari Allah banyak mengajarku erti kehidupan.

Walaupun apa yang berlaku ini begitu perit untuk ku lalui, tapi aku sedikit pun tidak mahu menyimpan dendam. Aku ikhlaskan pemergiannya dan aku tetap mengenangnya sebagai seorang yang sangat ku sayangi dalam hidupku.

Ikhlaskanlah dalam bercinta. Janganlah kau harapkan apa-apa pada manusia. Mohonlah pada Allah semoga cintamu bukanlah cinta yang sia-sia. Cintailah manusia kerana Allah bukanlah hawa nafsu semata-mata. Serahkan segalanya pada Allah. Sebesar mana pun dugaanmu tapi jika dia jodohmu pasti bertemu. Percayalah pada perancangan Allah.

Walaupun berat ku rasakan untuk melepaskannya, tapi untuk apa lagi aku pertahankan. Dia bukan lagi milikku. Aku redha dan pasrah dengan ketentuannya.. Semoga kau bahagia sayangku..
Kongsi Artikel Ini :

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana komen di sini (No Verify COde)

Recommend on Google
 
Support : Utama | Hubungi | Tutorial
Copyright © 2013. STORYAMY - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger